Search This Blog

Sunday, 23 April 2017

BERITA KITAR SEMULA


 Assalamualaikum...😊😊


Yes ! kitar semula sememangnya dapat mengelakkan dan seterusnya mengurangkan pencemaran alam. Justeru, inisiatif-inisiatif baru diperlukan untuk menggalakkan peningkatan kadar kitar semula dalam kalangan masyarakat. Ini temasuklah kanak-kanak, sejak usia kecil lagi guru-guru perlu memupuk sifat kitar semula ini dalam diri mereka bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya dan tidak melakukan pembaziran. Konsep 3R biarlah mereka tahu dari awal, sekurang-kurangnya adalah juga walaupun sedikit pengetahuan mereka tentang amalan kitar semula ini.
Kitar semula dapat mengelakkan berlakunya pencemaran. Sebagai contoh, jika ada kerts yang masih boleh digunakan lagi janganlah sesukahati buang. Sebab itu dapat mengurangkan pokok yang ditebang yang digunakan untuk mencipta kertas. Jadinya janganlah buat pembaziran ye =) sebab generasi akan datang, cucu cicit kita juga akan merana sebab kemusnahan alam yang puncanya daripada sikap kita.
Jadi, kesimpulannya marilah kita sama-sama menjaga alam ini, berbuat baik dan menjaga pemberian Tuhan ini dengan baik kerana ini adalah anugerah tidak terhingga yang kita nikmati.


Okay sampai sini saja. Jumpa lagi. Terima kasih sudi membaca ;)

No comments:

Post a Comment